Selasa, 15 Mac 2011

Selamat Pengantin Baru


WAN AKMA Azira binti Hj Arbain dan Zainal Hamdy Firdouse bin Zainal Murad telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Disember 2010 yang lalu.

Hj Arbain adalah anak kepada Sakyah iaitu isteri kepada Mat Tamin. Beliau tinggal di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Majlis perkahwinan diadakan dengan penuh meriah yang dihadiri oleh rakan-rakan dan saudara dikedua-dua belah pihak.

Beberapa AJK Keluarga Ceria Mat Tamin sempat memeriahkan lagi yang berlangsung di Taman Bukit Terendak, Melaka.

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan