Ahad, 13 Mei 2012

Perkahwinan Nurshamila dan Md Syahmi Hasif

Selamat Pengantin Baru

Pada Ahad, 13 Mei 2012 berlangsungnya perkahwinan Nurshamila Mohamed Zulkifli dan Md Syahmi Hasif Muhammad di Dewan Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Bapa Nurshamila, Mohamed Zulkifli ialah anak sulung Allahyarhamah Mahyam binti Mat Tamin.

Beberapa anggota KCMT sempat hadir pada majlis tersebut.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

KCMT mengucapkan Selamat Pengantin Baharu, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Ahli KCMT sempat bergambar kenang-kenangan pada majlis tersebut.

Bagai pinang dibelah dua.



Antara anggota KCMT yang sempat hadir bagi memeriahkan
hari perkahwinan pengantin.
Anggota KCMT dari Lumut pun datang...

1 ulasan:

  1. Saya dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua saudara mara yang telah sudi hadir ke Majlis Perkahwinan anakanda Nurshamila dan suami Md Shahmi Hasif. Andainya terdapat kesilapan atau keadaan yang kurang memuaskan dimajlis tersebut, saya memohon maaf.

    Untuk makluman, Nurshamila ketika ini bertugas sebagai Peguam Persekutuan di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya. Md Shahmi Hasif bertugas Penasihat Undang-undang di Pejabat Pertanian Negeri Selangor, Shah Alam.

    ~ Hj Mohamed Zulkifli dan keluarga

    BalasPadam