Selasa, 20 Disember 2011

Takziah

Assalamualaikum

Adalah dimaklumkan bahawa ibu mertua Ibrahim bin Tan iaitu Allahyarhamah Maimon telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi, Selasa 20 Disember 2011 di Lahad, Ipoh, Perak.

Semoga Allahyarham ditempatkan disisi orang yang soleh.

Al-Fatihah

Amin!

Khamis, 15 Disember 2011

Jemputan Perkahwinan


Assalamualaikum wbt & Salam sejahtera

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, memohon restu keredhaan & keizinan Allah S.W.T,
kami dengan seikhlas hati menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan kami ;

JAMAAHTUN QAZARIAH BT KHALIDUN @ DARUS
dengan
HAIRUL ANUAR B. MOHD NOOR Tarikh : 21 & 22 January 2012
Alamat : Lot 108, Kg Tengah
Ayer Hitam 36030 Teluk Intan Perak.

Semoga dengan kehadiran kalian dapat memeriahkan majlis kami & diberkati Allah S.W.T.. InsyaAllah...
Turut Mengundang : Seisi Keluarga

Khamis, 1 Disember 2011

Pertemuan yang tidak disangka

PERKAHWINAN Daus dan Fyda telah pun selamat di adakan di Pasir Panjang.
Agak ramai juga jemputan yang hadir pada majlis tesebut walau pun di sulami dengan hujan gerimis sekali sekala.
Antara jemputan yang menarik perhatian saya ialah sebuah keluarga yang dikenali sebagai Mohd. Arif.

Mohd Arif







































Saya mula mendekatinya dan berbual panjang.
Rupa-rupanya, beliau ialah cucu kepada adik-beradik Mat Tamin yang sulung bernama Abdul Rani.
Beliau datang bersama anak-menantu yang kini tinggal di Petaling Jaya.

Mohd Arif bersama anak (kiri) dan menantu
















Semoga Keluarga Ceria Mat Tamin akan terus 'membesar'.