Isnin, 28 Mac 2011

Mesyuarat Keluarga Ceria Mat Tamin 2011


Mesyuarat Keluarga Ceria Mat Tamin 2011 yang berlangsung di rumah Azman Reseh pada Ahad: 27 Mac 2011, di Rawang telah mencapai keputusan yang amat memberangsangkan...

Pengerusi mesyuarat, Rashid Aziz (baju-T hijau) mempengerusikan mesyuarat persiapan Keluarga Ceria Mat Tamin 2011. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Daud Jamhari (baju biru), Azman Reseh selaku Naib Pengerusi, Habibah Reseh (Setiausaha) dan AJK yang lain.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Hj Foad Jamaludin dan lain-lain saudara-mara yang hadir pada majlis tersebut.

Mohd Daud Jamhari selaku bendahari (baju biru) membentangkan anggaran bajet yang diperlukan untuk menjayakan program Keluarga Ceria Mat Tamin 2011.

Antara yang hadir Habibah Reseh (setiausaha), Rohayah (berbaju putih), Helmi Foad, Hajah Salmah, Saliza (AJK Senaman), Salina, Salbiah (AJK Makanan) dan Kamarulzaman (AJK Pengangkutan).

Ikuti perkembangan terkini seterusnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan