Isnin, 25 Februari 2013

Tahniah Syuhada!

MAJLIS 'long call' Syuhada binti Hashim telah pun berlangsung di Kompleks Mahkamah, Jalan Duta Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Y. A. Hakim Dato' Seri Zakaria bin Sam pada 22 Februari 2012 yang lalu. 'Long call' adalah majlis pengiktirafan seseorang individu dilantik secara rasmi sebagai peguambela dan peguamcara yang diiktiraf di Mahkamah Malaya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah ibu bapa beliau,  Hashim dan Radziyah dan ahli keluarga rapat. KCMT mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan anda. Semoga ianya memberi perangsang dan dorongan kepada ahli keluarga yang lain untuk berjaya di dalam bidang masing-masing!
AKHIRNYA berjaya menjadi seorang peguam.

MASTER Syuhada, Encik Ravindra Kumar.


BERSAMA orang yang sentiasa memberi dorongan, Hashim (dua dari kiri), Radziyah dan Fadillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan