Isnin, 7 Januari 2013

Tahniah Izzati!

UTUSAN MALAYSIA Keluaran Isnin: 7 Jan 2013 (muka 13)

Nur Izzati graduan sulung pengajian Pembantu Perubatan


SHAH ALAM 6 Jan. – Anak penyelia Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) muncul sebagai graduan terbaik kursus Diploma Pembantu Perubatan pada Majlis Konvokesyen Ke-12 Management and Science University (MSU) di sini hari ini.
Nur Izzati Ismail, 22, yang merupakan antara 27 graduan sulung dalam bidang pengajian Diploma Pembantu Perubatan yang ditawarkan MSU bermula tahun 2011, menjadi pelajar terbaik selepas memperolehi purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.93.
“Selain memperolehi maklumat pensyarah, saya dan rakan-rakan sering mengadakan perbincangan bersama dan mencari maklumat tambahan di perpustakaan serta melalui atas talian.
“Walaupun tidak mempunyai senior, saya dan rakan-rakan tidak pernah menjadikan ia sebagai halangan, malah perkara ini memberikan kami kekuatan dan semangat bagi membuktikan kami juga boleh memperolehi kejayaan,” katanya ketika ditemui di sini.
Majlis konvokesyen kali ini turut menyaksikan dua graduan sulung  untuk kursus Ijazah Sarjana Muda Multimedia Kreatif menamatkan pengajian.

KCMT mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang dicapai.
Semoga menjadi pembakar semangat kepada cucu-cicit Mat Tamin yang lain... 
Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan