Khamis, 26 Januari 2012

Pertemuan yang tidak disangka II

PADA 22 Januari 2012 lalu, Keluarga Ceria Mat Tamin (KCMT) menerima jemputan perkahwinan Effa dan Anuar di Air Hitam, Teluk Intan, Perak. Ramai ahli keluarga KCMT yang hadir bagi memeriahkan majlis. 


Semasa menikmati juadah di rumah pengantin perempuan, saya diperkenalkan oleh Daud Yusof tentang saudara 'baru' yang pernah dilihat wajahnya sebelum ini tetapi tidak tahu salasilahnya.
MOHD ALI


























Beliau yang di maksudkan ialah Mohd Ali daripada salasilah Yeop bin Ismail (Datuk). Yeop ialah adik-beradik sulung Mat Tamin.


Manakala ibu beliau bernama Intan merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik dan beliau mempunyai anak seramai sepuluh orang. 


Pada majlis tersebut, beliau hadir bersama anak-anak.






Semoga Allah mengeratkan lagi silatulrahim seluruh Keluarga Ceria Mat Tamin.


Insyallah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan