Selasa, 23 Julai 2013

Al-Fatihah

Adalah dimaklumkan bapa mertua (Pak Ngah) Ibrahim bin Tan telah kembali ke rahmatullah menghadap yang maha esa pada petang Ahad: 21 Julai 2013 yang lalu. Jenazah telah pun dibawa ke Ipoh dan dikebumikan di sana.

Saudara-mara sempat melawat Allahyarham di sana, AJK KCMT mengucapkan takziah kepada Ibtahim sekeluarga.

Semoga rohnya di tempatkan orang-orang yang beriman. Amin

Isnin, 8 Julai 2013

Imbasan KCMT 2013

Persiapan...
KAWASAN chalet yang indah...

MASIH sibuk lagi membungkus.

MATA Iman  tu kenapa? Banyak habuk kot!

SERIUS...

ACARA teka betik...

DOORGIFT...

MI dapat 'kontrak' pasang banner.

KEJE keje juga tapi kenalah posing sikit.

IKAT kuat sikit...

Sabtu, 6 Julai 2013

Imbasan KCMT 2013...

Persiapan...
"DOOR GIFT" siap sedia untuk diagihkan semasa sesi pendaftaran...

'SABO' Cik Milah... belum start lagi!

INI barang apa?

BUNGKUS apa tu?...

PERSIAPAN dibahagian 'door gift'.

BEG cenderamata.

BIBAH menyusun strategi...

HANGAT ke cuaca hari tu Daud? Perbincangan serius...

SERIUS masing-masing...

Rabu, 3 Julai 2013

Mesyuarat pertama KCMT 2013

Mesyuarat Keluarga Ceria Mat Tamin telah diadakan pada 23 Jun 2013 yang lalu di Taman Tasik Titiwangsa.
Beberapa perkara telah dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

Antaranya ialah:-
1. 'Post-mortem' untuk penambahbaikan Pertemuan Keluarga Ceria Mat Tamin di Tapah yang telah diadakan pada 7-9 Jun 2013 yang lalu.
EN HELMI membacakan doa bagi memberkati Mesyuarat KCMT yang pertama 2013.

BENDAHARI KCMT begitu serius membaca laporan kewangan KCMT terkini.

2. Perlantikan AJK Program Pertemuan Keluarga Ceria Mat Tamin pada tahun 2015.

 Pengerusi/Perasmian: Rashid Aziz
 Publisiti & Seranta/MC: Helmi Foad
 Logistik: Raziah Aziz
 Sukan/Senaman: Radziah Masri
 Hadiah: Asmah Hasan
 Penata Muzik/MC: Syuhada
 Pendaftaran: Habibah Reseh
 Makanan: Azman Reseh
 Jurugambar: Baha & Alias
 Pengangkutan/Keselamatan: Kamarulzaman Yusof
 Ketua Pengadil: Daud Jamhari
 Imam: Mohd Foad Jamaludin
SETIAUSAHA begitu serius mencatat minit mesyuarat yang sedang berlangsung.
3. Kutipan yuran bulanan:
Tujuan kutipan ini adalah untuk meringankan beban ketua keluarga kerana KCMT akan diadakan di tempat lain yang mana kosnya akan meningkat. Kutipan yuran bulanan akan dikira mulai bulan Jun 2013 sehingga 2015.
Wang yang di kutip ini adalah kos yuran bagi setiap keluarga. Ianya BUKAN tabung untuk KCMT. Kos sebenar hanya akan diputuskan tiga bulan sebelum bermula acara KCMT ke-4 nanti.
MAKAN time...

KCMT telah bersetuju melantik wakil keluarga seperti berikut:-
Masri: Hajah Salmah
Mahyam: Radziyah
Fatimah: Daud Jamhari
Aminah: Alias
Noriah: Salbiah
Rokiah: Fauziah
Hassan: Asmah
Nenek Sakyah: Khalimaton Saadiah

Kutipan hendaklah diserahkan kepada bendahari KCMT, Daud Jamhari - Maybank – 151128138485 setiap tiga bulan bagi mengelakkan yuran tertunggak.
DERMA kilat daripada AJK KCMT yang akan berterusan pada mana-mana majlis ahli KCMT akan datang.

AJK KCMT juga telah bersetuju untuk mengadakan program sampingan kepada ahli keluarga yang berminat untuk menyertai kami. Program terdekat yang dicadangkan ialah Ziarah Aidilfitri. Ianya merupakan menziarah sesame ahli keluarga yang berada di Kualau Lumpur dan Selangor. Segala maklumat akan maklumkan kemudian.

Sebelum mesyuarat berakhir, AJK KCMT melancarkan derma kilat untuk tabung KCMT yang kini berjumlah RM1,616.50 (tidak termasuk derma kilat).
WALAU pun berjerubu, Atan tetap hadir bersama keluarga untuk berjumpa dengan abahnya.
Semoga tabung ini memberi manfaat untuk seluruh keluarga KCMT hendakNya.
Amin!
WAH! Helmi begitu serius menikmati hidangannya.

TAMBAH satu lagi...
BERSARAPAN pagi... Dah nak masuk tengahari!
CUKUP berselera sekali.