Selasa, 27 September 2011

Kamaruzaman selamat jalani pembedahan kecil

DAUD ketika 'berposing' pada Ahad: 25 September 2011 yang lalu.




















KAMARULZAMAN YUSOF (Daud Doge) telah selamat menjalani pembedahan kecil pada hari Sabtu petang yang lalu akibat bisul. Sehingga semalam, beliau kini hampir pulih seperti sediakala.

Walau bagaimana pun doktor sedang meneliti pula perkembangan paras gula akibat komplikasi penyakit kencing manis yang beliau hadapi ketika ini. Paras gula juga mulai menurun dari masa ke semasa. Jika keadaan ini berterusan, beliau akan keluar hospital tidak lama lagi.

Semoga beliau cepat sembuh! Amin

Isnin, 19 September 2011

Azman selamat jalani pembedahan kecil

Syukur! Akhirnya Azman Reseh telah selamat menjalani pembedahan  batu karang pada Ahad: 18 September 2011 yang lalu.

Pembedahan yang sepatutnya dilakukan pada 15 september 2011 tetapi ditangguhkan oleh pihak hospital.

AZMAN tenang sebelum pembedahan.

SAAT getir menghadapi pembedahan.

INILAH batu karang yang berjaya dikeluarhan. Syukur! Semuanya selamat


Rabu, 7 September 2011

Kunjungan Raya 2011

PADA 1 September 2011, bersamaan Hari Raya ketiga, sebahagian daripada ahli Keluarga Ceria Mat Tamin telah mengadakan 'kunjungan ceria' ke rumah Sakyah (Nenek) di Sungai Petani Kedah.

Antara yang turut serta ialah keluarga Raziah, Ramlah, Rashid dan Azmi. Kunjungan ini juga dilakukan kerana ingin mengetahui keadaan anak beliau, Zuraidah (Mak Zu) yang telah menjalani pembedahan kanser payudara yang lalu.

DARI kiri, Syuhada, Hashim, Raziah dan Fadzillah.

RAMLAH, Yan dan Zainon.
JULIA, Adiputra Iman, Rashid Aziz, Shahratul Aqidah dan Shahputra Iman.

SITI dan Azmi Reseh.
Ketibaan kami disambut oleh menantu beliau, Kamarulkhizan (Pak Cik), suami kepada Khalimaton (Mak Limah) selaku juru pandu dengan penuh mesra.

KHAMARULKHIZAN (berbaju putih) bersama isteri, Khalimaton,
bersama anak menantu dan Zuraidah (baju pink)





















Kami dibawa terus ke rumah Sakyah terletak tidak jauh daripada rumah Mak Limah. Sampai sahaja kami di rumahnya, Mak Zu menyambut kami dengan senyum mengumtum seolah tiada apa-apa yang berlaku pada dirinya.

SAKYAH, Fatimah dan Zuraidah.


























Beliau 'menjawab' semua soalan yang diajukan kepada beliau dengan penuh kegembiraan disamping hidangan jamuan. Ianya memberi gambaran bahawa beliau beransur pulih disamping akan menjalani rawatan kimoterapi di Pulau Pinang nanti.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa penderitaan yang beliau tanggung selama ini.

Selepas itu, kami di bawa ke rumah Pak Cik yang terletak di Taman Perdana. Di sana, kami menikmati makan tengahari disamping Pak Cik agak sibuk melayan kami.

Pada sebelah petang, Azman menelefon Azmi yang menyatakan mereka akan turut ke rumah Pak Cik.

Akhirnya tiba pula keluarga Azman, Baha, Daud Yusof, Puzi, Manan, Abdullah (Pak Dollah), Fatimah (Enjang) dan Pak Din menjadikan suasana bertambah riuh rendah.

SEBAHAGIAN daripada wakil Keluarga Ceria Mat Tamin
yang hadir mengunjungi Zuraidah Mat Tamin.
























Sebelum pulang, kami sempat bergambar beramai-ramai sebagai tanda kenang-kenangan. Pada pukul 6.00 petang, kami pulang dengan seribu satu kenangan di Sungai Petani, Kedah.


Terima kasih Pakcik.

KELUARGA Abdullah dan Ana bersama anak-anaknya.


MANAN dan Zaidah.

FAUZIAH Ahmad

























FADZILLAH, Habibah dan Syuhada.
























HASSAN Mat Tamin.































Semoga Allah memberkati tali persaudaraan Keluarga Ceria Mat Tamin. Amin!