Assalamualaikum
Zuraidah Mat Tamin telah pun selamat menjalani pembedahan pada hari Ahad: 14 Ogos 2011.
Sehingga kini beliau telah boleh menjamah nasi. Keadaan beliau semakin baik berbanding semalam yang mana beliau mengadu sakit.
Doktor pakar memerlukan tempoh seminggu bagi mengenal pasti sejauhmana tahap sakit beliau sebelum rawatan kimoterapi dijalankan.
Marilah kita doakan beliau cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.