Ahad, 9 Mac 2014

Doa untuk MH370




Pencarian pesawat malang MAS MH370 dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing yang hilang dikesan radar masih diteruskan.
Walau pun berbagai teori telah nyatakan beserta gambar terutama di media sosial, sehingga kini pihak DCA tidak dapat mengesahkannya.




Keratan Mingguan Malaysia
Antara penumpang yang menaiki pesawat itu ialah Nor Fadzillah Mat Rahim. Bapa beliau adalah abang kepada Hashim Mat Ros, suami kepada Raziah Aziz.

Sama-sama kita memanjatkan doa kepada semua penumpang MH370 khususnya kepada beliau selamat.
Amin!

Terkini operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 kini diperluaskan di kawasan darat selepas terdapat kemungkinan bahawa ia telah berpatah balik atau “air turn-back” dalam penerbangan.


Menurut Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, operasi mencari di kawasan darat dan kawasan perairan lokasi kali terakhir MH370 dilaporkan terputus hubungan iaitu di Laut China Selatan berhampiran dengan perairan Vietnam.

Beliau turut mengesahkan laporan pihak berkuasa Vietnam berkenaan dua tompokan minyak tetapi tiada serpihan bangkai pesawat MH370 ditemui di kawasan berkenaan.
Ia dikesan semalam oleh pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam dengan tompokan itu masing-masing sepanjang 10km dan 15km dengan jarak antara keduanya kira-kira 500 meter.“Sah, memang ada tompokan minyak tetapi tidak ada serpihan pesawat dan sekarang, pesawat-pesawat Vietnam telah pun terbang ke sana untuk mengenalpasti minyak yang berada di perairan itu datang daripada pesawat berkenaan (MH370),” katanya