Ahad, 28 Ogos 2011

Selamat Hari Raya


























Keluarga Ceria Mat Tamin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin

Sabtu, 27 Ogos 2011

Jemputan Aqiqah

Assalamualaikum















Hassan bin Mat Tamin menjemput seluruh ahli Keluarga Ceria Mat Tamin  ke rumahnya untuk mengadakan upacara aqiqah cucunya seperti berikut:-
Tarikh: Khamis 1hb September 2011 (Hari Raya Ketiga)
Masa: (Akan diberitahu)




Isnin, 22 Ogos 2011

Terkini

Zuraidah Mat Tamin telah selamat keluar daripada Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani, Kedah hari ini. Beliau disahkan menghidap kanser tahap ketiga. Rawatan susulan kimoterapi akan dijalankan di Pulau Pinang selepas temujanji dengan pihak hospital diadakan.
Doa kita semua agar beliau dilindungi Allah dan diberi kekuatan mengharungi dugaan ini.
Amin!

Selasa, 16 Ogos 2011

PERKEMBANGAN TERKINI

Assalamualaikum
Zuraidah Mat Tamin telah pun selamat menjalani pembedahan pada hari Ahad: 14 Ogos 2011.
Sehingga kini beliau telah boleh menjamah nasi. Keadaan beliau semakin baik berbanding semalam yang mana beliau mengadu sakit.

Doktor pakar memerlukan tempoh seminggu bagi mengenal pasti sejauhmana tahap sakit beliau sebelum rawatan kimoterapi dijalankan.

Marilah kita doakan beliau cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti sediakala.

Ahad, 14 Ogos 2011

PENGUMUMAN

Adalah dimaklumkan bahawa Zuraidah binti Mat Tamin telah disahkan menghadapi kanser payudara. Beliau akan menjalani pembedahan pada 14 Ogos 2011 di Hospital Sultan Abdul Halim (Hospital Besar Sungai Petani). Marilah kita sama-sama mendoakan agar beliau selamat menjalani pembedahan pada waktu yang sukar ini. Amin!