Isnin, 28 Mac 2011

Mesyuarat Keluarga Ceria Mat Tamin 2011


Mesyuarat Keluarga Ceria Mat Tamin 2011 yang berlangsung di rumah Azman Reseh pada Ahad: 27 Mac 2011, di Rawang telah mencapai keputusan yang amat memberangsangkan...

Pengerusi mesyuarat, Rashid Aziz (baju-T hijau) mempengerusikan mesyuarat persiapan Keluarga Ceria Mat Tamin 2011. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Daud Jamhari (baju biru), Azman Reseh selaku Naib Pengerusi, Habibah Reseh (Setiausaha) dan AJK yang lain.

Turut sama memeriahkan majlis ialah Hj Foad Jamaludin dan lain-lain saudara-mara yang hadir pada majlis tersebut.

Mohd Daud Jamhari selaku bendahari (baju biru) membentangkan anggaran bajet yang diperlukan untuk menjayakan program Keluarga Ceria Mat Tamin 2011.

Antara yang hadir Habibah Reseh (setiausaha), Rohayah (berbaju putih), Helmi Foad, Hajah Salmah, Saliza (AJK Senaman), Salina, Salbiah (AJK Makanan) dan Kamarulzaman (AJK Pengangkutan).

Ikuti perkembangan terkini seterusnya!

Isnin, 21 Mac 2011

Mesyuarat AJK Keluarga Ceria Mat Tamin

Mesyuarat AJK Keluarga Ceria Mat Tamin (KCMT) 2011

Tarikh: 27 Mac 2011
Tempat: Rawang, Selangor
Masa: 2.30 petang

AJK KCMT akan mula bermesyuarat kali pertama bagi merancang persiapan Perjumpaan Keluaga Ceria Mat Tamin 2011 yang akan diadakan kira-kira dua bulan lagi.

Semua AJK yang terlibat akan mengadakan sesi 'lampas-otak' bagi mencapai kata sepakat untuk program yang terbaik.

Doakan kami agar dapat menjalankan program ini dengan penuh kejayaan dan diberkati Allah!

Rabu, 16 Mac 2011

Selamat Hari Jadi Elyana



Selamat Hari Jadi...
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Jumpa di Kem Keluarga Ceria Mat Tamin 2010.

Tarikh: 4 - 6 jun 2010
Tempat: Kuala Woh, Tapah Perak

Rasai kemeriahannya...

Selasa, 15 Mac 2011

Pertemuan Keluarga Ceria kembali lagi...




Tarikh: 4 - 6 Jun 2011
Bayaran: RM150 sekeluarga
Akaun Maybank: 551137202024
(Bendahari: Mohd Daud Jamhari, 019-7726 343)
Tempat: Kuala Woh, Tapah Perak

Datang beramai-ramai bersama keluarga anda untuk kita mengeratkan silatul rahim dan berkenal mesra.
Insyallah!

Selamat Pengantin Baru


WAN AKMA Azira binti Hj Arbain dan Zainal Hamdy Firdouse bin Zainal Murad telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Disember 2010 yang lalu.

Hj Arbain adalah anak kepada Sakyah iaitu isteri kepada Mat Tamin. Beliau tinggal di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Majlis perkahwinan diadakan dengan penuh meriah yang dihadiri oleh rakan-rakan dan saudara dikedua-dua belah pihak.

Beberapa AJK Keluarga Ceria Mat Tamin sempat memeriahkan lagi yang berlangsung di Taman Bukit Terendak, Melaka.

Semoga bahagia hingga ke akhir hayat!

Ahad, 13 Mac 2011

Al-fatihah


ALLAHYARHAM Sazzrin dan isterinya ketika makan malam di Kem Keluarga Ceria Mat Tamin tahun lalu.



PADA 5 Mac 2011, seluruh ahli Keluarga Ceria Mat Tamin dikejutkan dengan berita Mohd Sazzrin bin Saari, suami kepada Lailatul Diana (Noni) telah kembali ke rahmatullah.

Beliau diberitakan mengalami sakit perut dan di bawa ke hospital, sehari sebelum meninggal dunia.

Beberapa AJK Keluarga Ceria Mat Tamin dan sanak saudara sempat menziarahi pada hari pengkebumian Allahyarham pada hari yang sama.

Takziah diucapkan kepada isteri beliau, Lalilatul Dina.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Amin!